Bersempena bulan kemerdekaan ini, PWSDNS akan menganjurkan program MERDEKA FUN WALK FUND RAISING dengan bertemakan HARI KEMERDEKAAN. Sambutan program kali ini sangat mengalakkan dan sangat seronok dengan kehadiran ahli bersama keluarga dan di samping itu juga terdapat jemputan dari organisasi lain yang bersama-sama menyokong program ini.
Bertemakan HARI KEMERDEKAAN, para peserta mengambil peluang ini untuk membawa jalur gemilang bersama-sama pakaian bertemakan hari kemerdekaan.
Kami sangat berterima kasih kepada Taman Botani Negara Shah Alam (TNBSA) kerana menaja dewan untuk kami menjalankan aktiviti kami.
Program di mulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PWSNDS PUAN HANIZAN HUSSIN. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan taklimat Merdeka Fun Walk FundRaising dan Senamrobik.
Selepas itu para peserta di lepaskan untuk melaksanakan aktiviti Merdeka Fun Walk yang mengambil masa 30 ke 40 minit. Para peserta mempunyai tugasan pada setiap checkpoint dan akhir sekali kembali ke dewan untuk aktiviti yang seterusnya.
Walaupun berjalan sejauh beberapa kilometer tidak mematahkan semangat keluarga dan anak-anak sindrom down Negeri Selangor melaksanakan aktiviti Merdeka Fun Walk ini.
Selepas itu bagi memeriahkan majlis lagi, aktiviti mewarna di jalankan bagi melihat bakat-bakat terpendam yang ada pada setiap anak-anak istimewa ini.
Berikut antara pemenang Pertandingan Mewarna sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022.
Terima kasih kepada pihak individu yang berhati mulia yang menaja hadiah hamper dan lain-lain hadiah dan tidak lupa juga kepada Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam kerana menaja sumbangan makan tengah hari. Tidak lupa juga kepada ahli dan pihak yang terlibat yang sentiasa menyokong program daripada Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor.
Saya bayar melalui Cash Deposit AtM.saya sertakan sekali resit bayaran