SIAPA KAMI
PERSATUAN WARGA SINDROM DOWN NEGERI SELANGOR
PWSDNS Didaftarkan Secara Rasminya Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ppm/Ros) Pada 31 Julai 2019.
Pwsdns Adalah Sebuah Persatuan Sukarelawan Peringkat Negeri Selangor Yang Menjaga Pembangunan Dan Memperjuangkan Hak Individu Dengan Sindom Down Bagi Seluruh Negeri Selangor Melalui Perspektif Kesihatan, Kebajikan, Pendidikan,Latihan Vokasional/Kerja, Berdikari, Pekerjaan.
Secara amnya, penubuhan PWSDNS adalah diatas kesedaran untuk membela nasib Individu dengan Sindrom Down dan memberi sokongan kepada ibubapa serta penjaga dalam mendidik dan membesarkan individu dengan Sindrom Down Uniknya ialah persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ibubapa yang mempunyai anak Sindrom Down di Negeri Selangor.
MISI DAN VISI PERSATUAN
Misi dan Visi Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSDNS)
MISI
Mewujudkan jaringan pintar dengan agensi kerajaan, badan badan korporat Dan Masyarakat umum bagi mencapai kecemerlangan di dalam kerja Kebajikan untuk membantu golongan down Sindrom serta keluarga mereka di Selangor
VISI
Meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan Sindrom down Dan keluarga mereka melalui perspektif Kebajikan,kesihatan, pendidikan & kerjaya
DAERAH DALAM SELANGOR YANG BERGABUNG DENGAN PWSDNS
ZON 1 (UTARA)
- SABAK BERNAM - KUALA SELANGOR’ - HULU SELANGOR
ZON 2 (TENGAH)
- KLANG - PETALING - GOMBAK
ZON 3 (SELATAN)
- KUALA LANGAT - SEPANG - HULU LANGAT
KEAHLIAN PWSDNS
Jika anda ada kenalan, atau anak Sindrom Down yang tinggal di Selangor, Jom Sertai kami hari ini juga